RSS

About My Wedding...Siri II

CENDERAHATI TANDA TERIMA KASIH

Hai bertemu lagi di Siri II about my Wedding... Sebagai tanda penghargaan kepada keluarga pengantin lelaki yg sudi berkunjung ke melaka, cenderahati istemewa diberikan...beginila rupenye:

Paper bag gold ini iffa beli di nilai, alhamdulillah dpt jumpe kedai yg boleh nego. Kebetulan pula in-law iffa pun beli barang kahwin di sane. Nak tau di mane?
" WISMART, Home Deco & Gift" Lot 420, Jalan 3/8, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Seremban N9.
Selain paper bag, iffa juge dapat Gold Box for muffin disini. Easy to nego dgn boss die, Cindy.

Ape pule yang ade dalam paper bag gold ni? there are few items from different supplier.

Item 1 - Apple gold wire (yang didecor khas oleh iffa sendiri)

Apple ni, iffa jumpe mase surf website Putri Anis. beliau ni berurusan terus dgn rakannye di CHINA tok supplierkan barang2 gift ni. so, no wonderla iffa tgok price yg die offer jauh lebih rendah jika nak dibandingkan dgn kedai2 wedding gift yang len. Simple decoration iffa tambah pade bekas apple ni. tapi, xde plak gambarnye. didalam bekas apple ni, diisikan telur yg telah direbus (kirenye cam bunge telurla).

Item 2 - Muffin with gold box

Seperti yg sedia maklum, dalam siri I iffa dah war2kan AnisBAkery yg supply muffin ni complete with packaging and very sweet tag. I love it so much!!

Item 3 - Bahulu kemboja

Selalunye kite jumpe bahulu yg kecik2kan..tapi kali ini iffa wat kelainan sket dgn memilih bahulu kemboja. Actually ia bukanla sesuatu yg baru. come with nice box.

Item 4 - Table runner Sarawak

Table runner?hehe, setakat ni iffa x penah tgok lagi org bagi table runner. di sebabkan iffa sukekan kelainan, n since bekerje di Miri, iffa rayau2la ke handicraft shop. ade satu kedai ni, besar and dekat dengan Mega Hotel, Miri. name kedai tu SARAWAK HANDICRAFT.
camnila lebih kurang rupenye, ade macam2 design n jenis yg dibeli.

table runner ni iffa gulung and lilitkan with reben and put flower on top of it. simple but nice.

Makenye completela package cenderahati bagi keluarga pengantin lelaki. Selain mereka, special gift ni iffa beri sbg tande terima kaseh kepada saudara2 yg hadir dan membantu majlis. Mereka ni dtg seminggu sebelom majlis. Macam2 yg ditolongnye sehingga selesainye majlis. Iffa nak ambil kesempatan ni nak ucapkan terima kaseh pada sume saudara-mara sebelah mak n ayah kerana sudi dtg membantu n memeriahkan majlis iffa.

Buat kawan2 yg hadir ade juge special gift yg iffa sediakan. paper bag gold ini juge, cume bezenye bekas apple tu iffa gantikan dgn bunge telur yg special, si sponsor khas oleh Cikgu Latip(akan diceritakan lebih lanjut pd siri akan datang). Terima kaseh juge pada kawan2 yg sudi dtg. Special thanks to Syahnaz, Faisal & Kak Laily...terharu dibuatnye bile tgok 3 org manusia ni terpacul depan pintu umah...dari jauh mereka datang. Hopefully, our friendship never ends.

Okla, dah abes lunch hour, mari mulekan kerja...Jumpe lagi di Siri III

----------------------------------Tamat Siri II----------------------------------



0 comments:

Post a Comment